Rumput jaruman/ KEMUNCUP

KEMUNCUP (Chrysopogon aciculatus Retz) adalah sejenis rumput dari keluarga Poaceae (dulu keluarga Graminae) yang tumbuh dibanyak kawasan dan bijinya sering melekat pada seluar jika kita melaluinya. Rumput ini juga dipanggil sebagai Rumput Jarum atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Love grass' atau juga dipanggil sebagai pilipiliuala. Rumput kemuncup ini mempunyai nama botani sinomim dengan Andropogon aciculatus Retz. Rumput kemuncup tumbuh dikawasan terbuka (terrestrial) dengan renek (annual prostrate herbs) yang mudah kita jumpa dikawasan lapang seperti dipadang bola, tepi jalan, halaman rumah, dalam kebun, diatas padang golf dan sebagainya. Rumput ini juga merupakan rumput yang ditanam dikawasan padang bolasepak kerana ia mempunyai daya ketahanan baik serta tahan lasak. Bagaimana pun jika pengurusan memotong rumput dijalankan dengan baik ia merupakan jenis rumput baik untuk bersukan. Apa yang pasti ialah jika rumput ini tidak dipotong akan menghasilkan bunga yang melakat pada pakaian (seluar atau baju atau setokin) yang menyucuk kulit seperti jarum dan akibatnya gatal atau tidak selesa.


Rumput Kemuncup tumbuh menjalar dengan stolon yang akan mengeluarkan akar pada setiap ruasnya (nodes). Akarnya adalah jenis akar serabut (fibrous roots) dengan berwarna putih atau agak coklat. Batangnya adalah berbentuk leper (flat) dengan agak berbulu sedikit. Dibagian ruas juga berbulu. Daun rumput berbentuk linear. Urat daun yang sejari dari bagian bawah daun kehujung daun jelas kelihatan dengan Daun yang berwarna hijau ini mempunyai susunan spiral bertentagan .Ia mempunyai bunga yang terbentuk pada satu tangkai terbit dari ruas menegak keatas dalam kumpulan (sessile and terminal panicle).   Rumput kemuncup juga mempunyai biji didalam buahnya dalam bentuk 'nuts' dan seperti  beras yang akan membiak jika jatuh ketanah sesuai (anonym, 2014).